Thursday, December 13, 2007

Apa-apa ajelah - oleh Zahra

Semalam, ibu saya pergi beli botol susu untuk El. Ibu suruh saya, kakak saya Kakak Nina dan adik perempuan saya Humaira, masak sotong apa entah. Saya tolong taruk [sos tomato, sos chili dan kicap], adik perempuan saya Humaira pun sama.''Senang je nak buat''. Saya suka masak. Bye.
-TAMAT-

Perasaan Ma bila Ma masak


Saya tolong kakak saya memasak. Lepas tu, saya tolong letakkan sos. Saya suka tolong kakak saya memasak. Yang paling kelakar bila kakak saya masukkan bawang tu, bawang tu terhangus. Ibu kata masakan ni memang sedap. Bila makan sotong yang saya tolong kakak saya tu memang sedap. Bekas mangkuk tu dah licin. Tak tinggal satu sotong pun. Kesian ayah tak dapat makan sotong. -TAMAT-

Monday, December 3, 2007

Buku: Mamalia


Kelmarin, saya pergi ke perpustakaan. Saya telah membaca 5 buah buku iaitu Paper Creative, Hugging, Mr. Boogle's Peculiar Day, Shin Chan & Mamalia.Yang paling saya ingat adalah buku tentang Mamalia. Mamalia adalah haiwan yang berbulu, berkuku tajam, mengandungkan anak & menjaga anak. Mamalia adalah seperti gajah, badak, beruang, harimau, kucing, tikus dan lain-lain.Mamalia yang paling saya suka adalah kucing. Saya berasa seronok membaca buku ini kerana saya dapat mengetahui lebih lagi tentang Mamalia.
...TAMAT...

Buku: Gagak Yang Cerdik


Semalam saya pergi perpustakaan . Saya baca banyak buku, saya baca buku Budi Bahasa Kita, Mrs.Boggels dan buku boleh rasa.Saya pun ada pinjam buku daripada perpustakaan, saya pinjam buku Puteri Gunung Ledang. Ops, saya terlupa saya ada baca buku Gagak Yang Cerdik. Ok,sekarang cerita pasal Gagak Yang Cerdik, pada suatu hari, cuaca amat panas, gagak rasa dahaga, dia pun terjumpa satu botol berisi air, dia pun nak minum tapi paruhnye tak muat nak masuk dalam botol, tiba-tiba gagak ternampak banyak batu, dia pun dapat akal, gagak masukkan batu satu persatu ke dalam botol yang dijumpai kemudian gagak pun minum... -TAMAT-. Yang lain saya tak ingat... by,by,by...

Buku: Hilmy The Hippo, Learn To Be Grateful


Nak cakap apalah.. aaa..salah...bukan.. ibu janganlah ibu, janganlah ibu.. hilangkanlah ini. Yummi.. yummi (makan baulu)... dah itu aje. (Garu kepala). Nak amik.. ni.. dah. Hilmy The Hippo nak cari kolam yang banyak air. Lepas tu, dia jumpa zebra. Lepas tu dia jumpa kolam.. banyak.. yang besar. Lepas tu, dia jumpa elephant, dia terdengar suara elephant. Lepas tu dia pegi dekat lain. Lepas tu dia jumpa stork. Lepas tu dia jumpa kolam paling besar. Dia kata, excuse me. Ikan tanya "awak siapa". Lepas tu dia jumpa lain-lain hippo. Lepas tu dia tanya nama dia. "Saya Hilmy the hippo". Lepas tu yang lain-lain yang lagi satu punya marah. Lepas tu dia dah jumpa kolam yang banyak air dia dah nampak buaya. Lepas tu dia jumpa.. apa ni.. tak tau.. cakaplah ibu.. zirafah!! Lepas tu dia jumpa zirafah. Lepas tu dia jumpa tempat asal. Dia gembira sangat. Lepas tu.. lepas tu.. dia rasa dia punya tempat yang paling best. El suka baca buku ni sebab buku ni very best.

Wednesday, November 28, 2007

Buku: Dinosaur, Teddy dan Jaws

PADA SUATU HARI, SAYA BACA BUKU DINOSAUR LEPAS TU SAYA BACA BUKU LAIN. PASTU SAYA BACA BUKU IKAN JAWS. LEPAS TU SAYA BACA BUKU TEDDY BEAR SATU KALI. BUKU TEDDY BEAR SIKIT SAHAJA SEMUA BUKU BANYAK SAYA NAK BACA DENGAN IBU DAN KAKAK ZAHRA... LEPAS TU SAYA KENA MARAH DENGAN IBU DUA KALI SEBAB SAYA PUKUL KAKAK SAYA . SAYA SUKA PERGI KE PERPUSTAKAAN...TAMAT...

Buku: Angin Kutub dan Matahari

Hari ini, saya pergi ke perpustakaan. Saya baca buku tentang 'Musang dan Anggur', 'Angin Kutub dan Matahari' dan buku tentang doa. Ini adalah cerita tentang 'Musang dan Anggur'. Pada suatu hari, musang mencari haiwan tetapi dia tidak dapat mencari haiwan. Musang ternampak sebatang pokok anggur tetapi ia tidak dapat anggur itu. Ia melompat ke anggur itu tetapi musang tidak dapat anggur itu. Musang berasa sungguh letih. Ia sudah tidak mahu anggur itu lagi. TAMAT. Ini pula adalah cerita tentang 'Angin Kutub dan Matahari'. Angin Kutub dan Matahari adalah sahabat baik. Satu hari Angin kutub dan matahari bergaduh. Angin kutub bercadang untuk bertanding. Matahari berjaya. TAMAT